Safe Care Aromatherapy

LN Review |
Assalamualaikum & Hye U'alls. So harini LN nak share satu produk yang LN suka giler guna. Buat pengetahuan u'alls, LN ni seorang yang cepat mabuk bila jalan jauh. Selalunya LN perlukan asam untuk hilangkan rasa mabuk tu. Tapi lepas LN kenal dengan produk ni, kadang-kadang asam pon LN lupa nak makan sebab dah tak mabuk sangat.

yeahh..i found my love..eh?

Produk tu adalah Safe Care Aromatherapy. Safe Care adalah Minyak Angin Aromatherapy yang memberikan rasa tenang (mind & spirit) dan menyegarkan. Safe Care hadir dalam packaging yang berbentuk botol kecil dengan kemasan roll on memudahkan kita bawa ke mana sahaja dan tidak akan tumpah.

see..kecil kan orangnya..eh salah, kecilkan botolnya kalau dibandingkan dengan muka LN. sangat convenient senang nak letak kat handbag.

LN kenal safe care ni pon dari my sister, dia yang guna mula-mula. Time LN mabuk dalam kereta sampai rasa nak muntah. Then dia keluarkan minyak ni, LN pon hidu lah, lepas tu terus terbantut nak muntah. Lepas je dari kejadian tu LN suruh my sister belikan satu untuk LN. In case kalau LN mabuk lagi ke kan? So, LN akan bawa safe care bersama bila LN travel jauh-jauh *tak jauh mana pon still dalam Malaysia.huuu
Alhamdulillah, safe care ni membantu sangat. Terus hilang mabuk bila LN travel.

And now, LN ada masalah batuk dan migraine yang agak teruk. Biasalah kerja Klinik kan? terdedah dengan virus semua tu. Tapi lepas LN sapu je safe care ni, Alhamdulillah semua tu terus hilang. Terus rasa lega sangat-sangat. Yes! hilang serta merta.

see..how happy i am.
That why LN berani nak share dengan u'alls apa yang LN pakai, mana lah tahu u'alls pon ada masalah seperti LN ni kan? LN dah lama guna safe care ni, and ia banyak membantu. *Seriously tak propa.
Sekarang ni LN pakai botol kedua. *eh, baru botol kedua ke?? kata dah lama guna. Hello! LN ni bukan nya setiap hari guna minyak ni. *sebab sebenarnya LN tak suka letak minyak kat diri sendiri. LN akan guna bila perlu sahaja, sebab tu lah lambat habis.

Tapi, LN rasa memang tak sia-sia LN beli sebab memang banyak kegunaannya.
Antaranya :-
  • Melegakan sakit kepala, perut kembung, masuk angin, mabuk perjalanan dan pening 
  • Melegakan ketegangan otot, sakit urat, sendi dan lenguh-lenguh badan 
  • Mengurangkan gejala selsema & batuk (mudah dihidu dengan kemasan roll-on) 
  • Berfungsi sebagai inhaler, tinggal buka tutupnya dan dihirup
  • Mengurangkan kegatalan dari gigitan nyamuk 
  • Mengurangkan rasa mengantuk bila memandu 
  • Bauan limau kasturi yang berupaya menyegarkan fikiran sebagai fungsi aromaterapi 

KANDUNGAN / BAHAN
a) Mentol 4g
b) Champor 0.49g
c) Essential Oil 0.5ml

CARA PEMAKAIAN
Gosokkan secukupnya pada bahagian yang sakit
Untuk kegunaan luar sahaja seperti sapukan pada kulit dan save care ini sejuk & bau limau kasturi yang berupaya menyegarkan fikiran...

So u'alls, apa tunggu lagi? better spare dalam rumah / office / beg u'alls satu safe care. Mana tahu dapat membantu u'alls dikala sedang memerlukan. Heee

SOMETHING BAD HAPPEN TO ME

21/11/2017 (11.05pm) |
Assalamualaikum & hye u'alls. Harini LN sedih sangat-sangat sebab something bad happen to me. So sad.

LN pergi kerja (shift petang) macam biasa but sebelum pergi kerja tu LN terlanggar atap rumah yang dibuang di tepi rumah. *macam pelik je ayat ni??u'alls paham-pahamkan je lah* then macam biasa lah nothing bad happen. So kita perempuan mana lah nak check satu-satu tayar kan? LN pon gerak je macam biasa dan selamat tiba di tempat kerja LN.

Bila LN gerak nak balik rumah je *dalam pukul 11.04pm macam tu*, tetiba ada bunyi besi kat kereta yang LN pandu. Then LN pun positifkan diri, *dalam pikiran mungkin ade terheret besi pape kot, takpelah kejap lagi hilanglah tu*. Tapi bunyi tu makin kuat dan kuat, then LN tutup aircond and buka tingkap tapi lagi kuat bunyi nya. LN pon takut nak teruskan perjalanan *dalam kepala takut kereta meletop je (terus TER negative)* then LN bagi signal kecemasan berhenti dekat pembahagi jalan terus call My Hero (Ayah) untuk tolong LN. Emergency ok, bukan saja-saja, dan LN rasa tempat ni paling selamat untuk berhenti. So why not...

nasib baiklah LN tahu mana satu Hazars Lights

Nasib LN sangat baik, sebab ayah LN kerja berdekatan dengan tempat kerja LN jugak, dalam kawasan Putrajaya. So dengan nada yang tak merisaukan *tak merisaukan okay* LN bagitahu lah ayah "Assalamualaikum ayah, kereta ni bunyi bising sangat, jatiey *my panggilan manja* terpaksa berhenti kat tengah jalan ni..". Tetapi, ayah mana yang tak risau anak tersadai malam-malam dekat tengah jalan kan? Ayah LN pon bergegas datang kat tempat LN tersadai. Nasib baik jugak ayah tahu mana LN berada. *naluri seorang ayah* Ramai gak lah kereta lalu lalang hon orang yang berbasikal pon. LN call ayah je *benda first dalam kepala*,
LN risau sangat-sangat, sebab tak tahu nak buat apa. Tak kan nak dok dalam kereta je kan? Then LN pon beranikan diri keluar kereta nak tengok apa sebenarnya terjadi. Rupa-rupanya tayar belakang pecah. Terus LN TERmengeluh. LN call ayah semula, LN cakap "ooo, tayar pecah yah" *nada tenang lagi* ayah pon tak nak anaknya gelabah, suruh LN tunggu kejap je lagi ayah datang.

tayar ni lah yang pecah.huuu

Tak sampai 10 minit LN tunggu ayah pon sampai. Nasib baiklah tayar spare dan keperluan kereta kat bonet belakang ada, so ayah tolong tukarkan tayar spare sementara nak tunggu hari esok untuk tukar tayar.

Ayah, you are always be my HERO

Alhamdulillah LN dapat balik dengan selamat. *dengan escort ayah jugak*
Sebenarnya, LN tak gelabah sangat, Alhamdulillah, LN tenang bila hadapi situasi ni, cuma LN takut apa-apa jadi kalau ayah takde je  time tu. Yelah, malam-malam kan sapa yang tak risau. Walaupun tempat terang, macam-macam boleh berlaku. *love you Ayah*


tangan ni lah yang mengangkat tayar pecah ke bonet belakang..*LN nak jugak

Moral of the story: 

  • U'alls pandai-pandai lah relaxed bila something bad happen. Jangan gelabah sangat. *Tapi janganlah relax sangat sampai lambat nak inform kat orang yang terdekat.
  • Contact orang terdekat paling penting.
  • Jangan lupa spare alat-alat kecemasan untuk kereta.
  • Tambahkan ilmu pengetahuan tentang kereta.
  • Sentiasa check kereta u'alls.

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

#11 WORDLESS FRIDAY

Assalamualaikum silent readers..
So, hari ni hari jumaat. "Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam"
Hari jumaat itu adalah penghulu segala hari.
Semoga Jumaat ini menjadikan kita hamba Allah yang banyak berselawat ke atas junjungan Nabi s.a.w.
So hari jumaat macam biasa LN akan post satu gambar @ quote untuk tatapan u'alls..

follow & like
twitter: @lelanurjati
instagram: @lelanurjati
google +: lela nurjati